Seni Reka Fesyen


Salah satu bidang kerjaya yang memenlukan kreativiti seseorang individu itu ialah bidang
seni reka fesyen. Dunia bidang fesyen sentiasa berubah mengikut perkembangan masa. Pada hari ini kita boleh lihat pelbagai jenis fesyen direka bentuk dan dicipta.
   Bidang ini sebenarnya bukanlah bidang yang menjadi ajaran monopoli kaum wanita, sebaliknya boleh diceburi oleh kaum lelaki juga. Ramai juga pereka fesyen lelaki yang terkenal dan berjaya, dalam dunia rekaan fesyen masa kini sama ada di Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa.
   Kemahiran dalam mencipta fesyen yang disesuaikan dengan pemilihan jenis kain serta padanan warna yang betul sudah tentu akan nampak menarik jika dipakai oleh pemakainya.
  Misalnya, kebaya labuh yang menggunakan fabrik sutera dengan motif beranika,
dipadankan dengan selendang bersesuaian warna, sudah tentu penampilan pemakainya
begitu anggun sekali. Dalam hal ini, seorang pereka perlu mempunyai kemahiran dan keupayaan memilih warna dalam membuat rekaan fesyen agar sesuai untuk dipakai
mengikut masa dan persekitaran. Jika tersalah pilih akan  menampakkan kejanggalan kepada si pemakai.
  Pereka fesyen perlu mengetahui tentang keseluruhan jenis pakaian, jenis kain dan fesyen 
sama ada untuk lelaki, wanita atau kanak-kanak yang mempunyai pelbagai citarasa dan minat. Pereka faesyen yang baik sudah tentu dapat memenuhi mengikuti kriteria seperti di atas.
  Sebenarnya, tugas seorang pereka fesyen ialah untuk menghasilkan idea dan lakaran menarik sesuatu fesyen yang diciptanya. Selain itu, untuk mencetuskan idea dan kreativiti yang menarik, sudah tentu tugas mereka memerlukan masa yang panjang dalam menghasilkan sesuatu fesyen itu.
  Menyedari akan kepentingan bidang ini, bidang seni reka fesyen ada ditawarkan di institusi pengajian tinggi awam dan kolej swasta. Semasa pengajian pelajar akan didedahkan dengan ilmu dan pengetahuan seni reka fesyen. Pelajar akan mengikuti kursus seperti seni reka fesyen, merangka pola, membuat pakaian, sulaman, lukisan, pengenalan teknologi tekstil, ilustrasi fesyen dan estetik. Pelajar juga dikehendaki menjalani latihan amali di industri pengeluaran pakaian serta industri lain yang berkaitan bertujuan mendedahkan dan meningkatkan pemahaman pelajar tentang dunia fesyen.
   Peluang pekerjaan banyak terdapat dalam industri pengeluaran pakaian, misalnya sebagai eksekutif pemasaran, jurujual, pengurus pengeluaran dan pengurus latihan. Malah ramai yang berjaya sebagai penguasaha kedai pereka fesyen pakaian.

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN

(i)    Mempunyai minat terhadap fesyen                                                                                                                                   Uil
(ii)   Berminat mengikuti perkembangan dunia fesyen yang cepat berubah
(iii) Memiliki daya kreativiti, imaginatif dan artistik kerana bidang ini memerlukan 
        individu yang kreatif
(iv) Boleh bekerja secara bersendirian atau berpasukan                                                                                                                                                                                           Ing
(v) Bekerja mengikut jadual yang ditetapkan
(vi) Memiliki kemahiran melukis
(vii) Mempunyai pengetahuan matematik

SYARAT MENCEBURI BIDANG INI

Untuk menjadi seorang pereka fesyen, individu itu harus mengikuti kursus secara formal
di peringkat sijil, diploma atau ijazah di institusi pengajian tinggi dan kolej swasta sama
ada di dalam atau di luar negara.

TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Anda boleh melanjutkan pengajian secara formal di Uruversiti Teknologi Mara (UiTM) di peringkat ijazah sarjana muda. Tempoh pengajian di peringkat ijazah ialah empat tahun. Banyak kolej swasta menawarkan di peringat sijil dan diploma. Manakala untuk mendapatkan sijil anda boleh             mengikuti pengajian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
Vokasional (SPMV) pengkhususan ekonomi rumah tangga.

SYARAT UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN
Untuk melanjutkan pengajian di peringkat saijana muda di UiTM, calon perlu lulus
SPM/SPMV dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran lukisan (pendidikan seni)
dan empat kepujian dalam mata pelajaran lain. Selain itu, anda perlu lulus bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris. Calon juga perlu lulus temuduga/ujian melukis yang dikendalikan
oleh UiTM.
     Sementara di peringkat sijil dan diploma di kolej-kolej swasta, pelajar perlu
lulus SPM/SPMV dengan mendapat kepujian dalam beberapa mata pelajaran termasuk
bahasa Inggeris dan lukisan.


♥ Lots Of Love , Nadya Nadyra ♥