Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat kalau boleh nak dia tau. Seboleh mungkin kita taknak sakiti hati dia..Kita juga akan sentiasa fikir tentang dirinya ..
( Erti kata lain, cinta ditujukan kepada seseorang yang kita selalu ingat. Tanpa dia kita akan sunyi dan kita akan cintakan sepenuh jiwa dengan hati yang ikhlas kepada dia walaupun dia buat tak tahu je )
Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Memang selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. ( Erti kata lain, sayang ditujukan kepada seseorang yang boleh membuang masa untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dengan masalah kita tuu.. )
Suka - Kita sukakan dia kerana dia happy go lucky, dia kelakar. Bila kita dengan dia kita rasa nak ketawa je sampai pecah nak perut pun ada. Tapikan, kita takdelah rindu sangat kat dia bila tak jumpa seminggu kan..
( Erti kata lain, suka ditujukan kepada seseorang yang bolen menjadi pelawak kat kita. Boleh gembirakan kita.. )
Minat - Ada sesuatu dalam dirinya yang buat kita tertarik mendekatinya.
( Erti kata lain, minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, atau peribadi yang kita mahukan )
* Tapikan, tanpa minat, suka dan sayang.. kita tidak akan CINTA pada seseorang ituu.. betulkan?